Tuesday, September 28, 2010

Kisah Hidup: Bernafas Semula Part1

Aku habis kuliah tepat jam 4 petang,oleh Prof Madya Adnan.. sungguh rumit kelas tadi dengan teori-teori bendalir yang perlu faham.. sepanjang kelas tadi, Pm Adnan ada bertanya satu soalan yang agak simple.. beliau bertanya pada para pelajar, apakah beza salam sejahtera dengan salam 1Malaysia? apa motif di sebaliknya?

Selepas kelas aku terus menuju ke arah Pm Adnan untuk memberi surat tunjuk sebab. Beliau menerimanya serta meneliti isi kandungan surat tersebut.. lantas aku sempat bertanya, "en. nan, apa bezanya salam sejahtera dan salam 1Malaysia?". Beliau tidak menjawab, malah bertanya kembali pada aku.. "adakah salam sejahtera itu bererti tidak baik?, adakah salam 1Malaysia mempunyai erti yang baik?" kata beliau.

"perlu saya tahu apa asas untuk jawapan semua itu?" kataku.

"kembali kepada ALquran dan Sunnah, itu penyelesaian yang muktamad" jawabnya.

bersambung...

No comments:

Post a Comment