Tuesday, September 7, 2010

Kisah Hidup: Melihat Di Luar Kotak

Salam buat semua,
Oleh kerana semalam aku tak dapat tidur,lantas aku tertidur sehingga jam 4 petang. Aku bingkas bangun,mandi dan kerjakan solat zohor. Selesai semuanya aku membuka laptop dan log in ruangan sosial facebook..

Aku terima 4 notification.. hurmmm..seperti apa yg aku dah agak.. terdapat beberapa komen sahabat dari seberang.. ada komen yang membina dan tidak lupa yang mengkritik serta bersifat primitif.. terima kasih kepada Dian yang sentiasa bersikap positif dalam apa jua keadaan. Dia seorang anak kecil yang cekal. :)

Apa yang aku lihat, komen2 yang dilontarkan tidak ubah seperti anda melihat sebuah kereta dan anda menceritakan fizikal kereta itu... anda faham? apa yang aku maksudkan?

Aku masih mencari-cari insan yang melihat sesuatu isu itu luar dari kotak...
bukan kotak mancis atau kotak susu.. tetapi kotak pemikiran. ia amat penting untuk melihat luar dari kotak kerana minda kita telah disemai melalui media2 supaya bersifat primitif."mereka" gembira melihat kita berfikiran sebegitu.

Kebanyakan di kalangan kita telah di"program"kan untuk mencari perbezaan bukan persamaan.
perbezaan akan membuatkan keegoan kita meninggi kerana setiap dari kita ingin menunjuk siap lebih bagus. BANGSA siapa lebih mulia.. huh, meluat aku melihat insan2 sebegini bertebaran di muka bumi.

Bukan ke senang kita lihat pada persamaan?? kau dan aku dari rumpun yang sama.. walau macan mana kau putar belitkan fakta kebenaran tetap jelas.

Firman Allah jelas mementingkan persaudaraan(persamaan) kerana amat sulit untuk bersaudara jika kita berbeza..

Al-Imran: 103

Berpegang teguhlah kamu sekalian pada agama Allah, dan janganlah kamu berpecah belah. Ingatilah karunia Allah kepadamu, ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan-Nya hatimu, sehingga kamu dengan karunia Allah itu menjadi bersaudara. Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka, lalu Allah melepaskanmu dari sana. Demikianlah Allah menjelaskan keterangan-keteranganNya kepadamu supaya kamu mendapat petunjuk.

Sabda Nabi s.a.w.

“Semua anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).

Renung-renungkan lah sejenak.. Bersamaku..

No comments:

Post a Comment