Friday, September 10, 2010

Renungan: Aku Si Penulis Buta

Aku menulis bukan mereka-reka,

Berkongsi cerita,fakta dan rahsia,

Apa yang berlaku di dunia nyata,

Tampak indah sempurna belaka,

Hakikatnya ia musnah porak peranda.


Aku menulis seperti biasa,

Menggunakan hati pemberian Maha Kuasa,

Bukan hanya membabi buta,

Insyaallah dengan hati yang terang seperti pelita,

Ambillah selagi tidak melanggar syariat agama.


Aku penulis yang buta,

Akan kemewahan meluas di dada dunia,

Namun bukan itu tuntutan agama,

Untuk berbangga,bersuka ria hasil dunia,

Kerana akhirat keindahan yang ku damba.


Aku menulis membongkar rahsia,

Golongan syaitan bertopeng manusia,

Durjananya tidak terkata,

Membuat fasad di muka dunia,

Hingga semua ternoda,

Ayah,ibu serta sanak saudara.


Aku penulis yang mudah terlena,

Kejutkan aku akan cita-cita utama,

Untuk membangun nusa dan bangsa,

Menjadi umat yang utama,

Hancurkan dajjal yang durjana.


-ilhamreduan-

No comments:

Post a Comment