Saturday, October 9, 2010

Renungan: Bangunlah

bangunlah saudaraku,
sudah lama kita tertipu,
bangunlah saudaraku,
al-Mahdi memerlukanmu.

sudah tiba masa kita,
untuk tegakkan keadilan dunia,
aku bukan merapu bercerita,
aku pegang janji dariNya.

dunia kita pastinya berjaya,
semua insan hidup gembira,
puak durjana hilang terseksa,
apa yang tinggal ialah rahmat dariNya.

adakah kamu bersamaku,
membuka pekung si mata satu,
si durjana pakar menipu,
hampir semua tidak tertinggal satu.

~ilhamreduan~

Tuesday, October 5, 2010

Kisah Hidup: Bernafas Semula Part2

kelas bendalir dua berakhir spt yang dijangka.. aku meluru menuju ke muka pintu.. namun aku terhenti selepas namaku di panggil oleh seseorang.

"reduan, sila ke hadapan" kata beliau.

"yes, saya encik." kataku.

"test 1 kamu termasuk dlm test 2 so test 2 kamu 40% dr markah penuh" katanya.

"baik,terima kasih" balasku.

aku berjabat tangan dengan beliau, tetapi aku tersentak bila prof berkata padaku "kamu tahu cara terbaik untuk melepaskan tension??"

"erm...berwudhuk dan bersolat." jawabku.

beliau tersenyum, lalu beredar..

aku melangkah pergi sambil duk melayan fikiran ku.. adakah semua manusia di dunia ini mempunyai masalah masing2??sesungguhnya, segala permasalahatan di dunia ini adalah bertujuan mengingatkan kita pada maha pencipta.


fiman ALLAH swt.

Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.” (al-Baqarah:156)

Tuesday, September 28, 2010

Kisah Hidup: Bernafas Semula Part1

Aku habis kuliah tepat jam 4 petang,oleh Prof Madya Adnan.. sungguh rumit kelas tadi dengan teori-teori bendalir yang perlu faham.. sepanjang kelas tadi, Pm Adnan ada bertanya satu soalan yang agak simple.. beliau bertanya pada para pelajar, apakah beza salam sejahtera dengan salam 1Malaysia? apa motif di sebaliknya?

Selepas kelas aku terus menuju ke arah Pm Adnan untuk memberi surat tunjuk sebab. Beliau menerimanya serta meneliti isi kandungan surat tersebut.. lantas aku sempat bertanya, "en. nan, apa bezanya salam sejahtera dan salam 1Malaysia?". Beliau tidak menjawab, malah bertanya kembali pada aku.. "adakah salam sejahtera itu bererti tidak baik?, adakah salam 1Malaysia mempunyai erti yang baik?" kata beliau.

"perlu saya tahu apa asas untuk jawapan semua itu?" kataku.

"kembali kepada ALquran dan Sunnah, itu penyelesaian yang muktamad" jawabnya.

bersambung...

Monday, September 27, 2010

Kisah Hidup: Karenah Dunia

Masa amat terbatas buat ku kini.. untuk meng"update" blog amat susah. Susah buatku kerana ingin menyusun ayat serta mencari fakta.. bukan kah fakta hanya perlu "copy n paste"??
sungguh mudah kan... atau..apa kini fakta tidak benar?? persoalan itu pernah di tanya oleh sahabat ku... apa jawapan yang perlu??

Jelasku, kebenaran fakta berlandaskan ulasan yang jelas. lantas aku ditanya, apa bezanya sejarah dengan ulasan sejarah??

Sejarah adalah fakta. ulasan sejarah adalah dongeng..kenapa?? anda tentukan..

Friday, September 10, 2010

Renungan: Aku Si Penulis Buta

Aku menulis bukan mereka-reka,

Berkongsi cerita,fakta dan rahsia,

Apa yang berlaku di dunia nyata,

Tampak indah sempurna belaka,

Hakikatnya ia musnah porak peranda.


Aku menulis seperti biasa,

Menggunakan hati pemberian Maha Kuasa,

Bukan hanya membabi buta,

Insyaallah dengan hati yang terang seperti pelita,

Ambillah selagi tidak melanggar syariat agama.


Aku penulis yang buta,

Akan kemewahan meluas di dada dunia,

Namun bukan itu tuntutan agama,

Untuk berbangga,bersuka ria hasil dunia,

Kerana akhirat keindahan yang ku damba.


Aku menulis membongkar rahsia,

Golongan syaitan bertopeng manusia,

Durjananya tidak terkata,

Membuat fasad di muka dunia,

Hingga semua ternoda,

Ayah,ibu serta sanak saudara.


Aku penulis yang mudah terlena,

Kejutkan aku akan cita-cita utama,

Untuk membangun nusa dan bangsa,

Menjadi umat yang utama,

Hancurkan dajjal yang durjana.


-ilhamreduan-

Thursday, September 9, 2010

Kisah Hidup: Aku,Kau dan Sekeping Kad Raya

Apa yang aku coretkan ni merupakan sejarah lama aku.Teringat lagi ketika aku di bangku sekolah, ketika itu umurku setahun jagung, iya setahun jagung. :) waktu itu,di bawah cahaya matahari yang panas terik aku mengayuh laju basikal cabuk ku menuju ke sebuah kedai buku di hujung taman. Kedai itu merupakan milik seorang tua,seingatku umurnya lingkungan 50-an.

Aku memberhentikan basikalku betul2 berhadapan dengan pintu masuk ke kedai tersebut. Aku lihat seorang budak kecil menangis sambil memegang lututnya yang berdarah. Kasihan aku lihat dia, lantas aku mengambil kain kecil dan memberi kepadanya untuk di sapu pada luka tersebut supaya darah tidak mengalir.

"kenapa ni dik?" tanyaku.

"terjatuh.." jawab nya dalam nafas teresak-esak.

"anak makcik Ann kan.. dah, jangan nangis, ambil basikal tu pastu balik rumah, nanti petang abang ambil kat rumah ya." ujarku sambil memegang bahunya.

"ok..." jawabnya lantas menaiki basikalku pulang.

Aku meneruskan langkahku ke kaunter kedai buku tersebut.

"tok,kad raya bermusik ada lagi tak?" ujar ku dengan muka penuh keletihan.

"hurm,ada! tinggal satu je nak." santai jawapannya.

"baik." jawabku sambil meluru ke hujung deretan kad ucapan.

Ketika aku kusyuk membelek setiap kepingan kad yang ada, aku ternampak seorang kenalan perempuan sekolahku. Lalu,aku menuju ke arahnya, bukan untuk bertegur sapa tapi untuk mengambil kad raya bermusik yang ku pandang dari jauh.

"hey,ko buat apa kat sini?" tegur kawanku.

"cari kad rayalah..yang ada musik..tu sebelah ko." jawabku spontan.

"owh...nak bagi siapa yer?" dia bertanya.

"ni ha..buat si dia lah..rahsia kerajaan." balasku sambil tersenyum.

Kemudian, aku terus melangkah ke tempat kad itu. mengambilnya lalu berlari-lari anak ke kaunter untuk membayar. kawanku mengusuri dari belakang sambil memegang beberapa kad raya.

"berapa tok?" aku bertanya.

"rm3.50, nak sampul wangi tak?, siap sampul rm4, boleh nak?" ujar tok.

"boleh juga." jawabku.

Aku menyelok poket seluar ku mencari-cari duit untuk membayar kad tersebut. Ya Allah! hampir kesemua duitku tercicir! yang tinggal hanya rm3.60. Kelihatan kawanku tersenyum melihat raut wajah aku yang merah padam.

"tok...duit saya tercicir..saya hanya ada rm3.60.." ujarku sambil menunduk malu.

"tak apalah nak, bayar harga kad sahaja, sampulnya tok bagi percuma" jawabnya sambil mengusap rambutku.

"betul ni tok..." kataku dengan nada yang perlahan.

"iya nak, berbuatlah baik di tuntut dalam agama" ujarnya sambil tersenyum.

Aku mengambil kad tersebut sambil mencium tangan tok tersebut tanda terima kasih. Aku melangkah pulang sambil berfikir tentang kata2 tok tadi.

*Kisah ni berlaku ketika aku berumur 12 tahun, seminggu menjelang syawal. Kata2 tok itu adalah benar kerana baru aku faham apa yang dimaksudkannya. Jelas:-

Firman Allah s.w.t
Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik
al-quran(12:90)

FirmanNya,
Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan
al-quran(39:10)

FirmanNya,
barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah
al-quran(42:40)


Sabda Nabi,

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada pendirian dan berkata:” Saya dengan orang, jika mereka berbuat baik, nescaya saya berbuat baik. Dan jika mereka berbuat jahat, nescaya saya berbuat jahat. Tetapi biasakan diri kamu, jika orang berbuat baik, berbuat baiklah, dan jika mereka berbuat jahat, elakkanlah kejahatan mereka.”
(at-Tirmidzi)

- Hadis semacam ini disebut Hadis Qudsi -

Dari Abul Abbas, yaitu Abdullah bin Abbas bin Abdul Muththalib, radhiallahu 'anhuma dari Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya Allah Ta'ala itu mencatat semua kebaikan dan keburukan, kemudian menerangkan yang sedemikian itu - yakni mana-mana yang termasuk hasanah dan manamana yang termasuk sayyiah.
Maka barangsiapa yang berkehendak mengerjakan kebaikan, kemudian tidak jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah yang Maha Suci dan Tinggi sebagai suatu kebaikan yang sempurna di sisiNya, dan barangsiapa berkehendak mengerjakan kebaikan itu kemudian jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah sebagai sepuluh kebaikan di sisiNya, sampai menjadi tujuh ratus kali lipat, bahkan dapat sampai menjadi berganda-ganda yang amat banyak sekali.
Selanjutnya barangsiapa yang berkehendak mengerjakan keburukan kemudian tidak jadi melakukannya maka dicatatlah oleh Allah Ta'ala sebagai suatu kebaikan yang sempurna di sisiNya dan barangsiapa yang berkehendak mengerjakan keburukan itu kemudian jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah Ta'ala sebagai satu keburukan saja di sisiNya."
(Muttafaq 'alaih)



Wednesday, September 8, 2010

Teladan: Umar Bin Khattab dan Seorang Yahudi Tua

Sejak menjadi gabenor Mesir, Amr bin Ash tidak lagi ke medan perang. Dia lebih sering tinggal di rumah gabenor. Di depan rumahnya ada sebidang tanah yang luas serta rumah usang milik seorang yahudi tua.

“Alangkah indahnya bila di atas tanah itu berdiri sebuah masjid,” kata Amr bin Ash.

Kemudian, Yahudi tua itu pun dipanggil menghadap Amr bin Ash untuk berunding. Amr bin Ash sangat kesal kerana yahudi tua itu menolak untuk menjual tanah dan rumah usangnya meskipun telah ditawar lima belas kali ganda dari harga pasaran.

“Baiklah bila itu keputusanmu. Saya harap Anda tidak menyesal!” Tegas Amr bin Ash.

Selepas Yahudi tua beredar, Amr bin Ash memerintahkan bawahannya untuk menyiapkan surat pembongkaran rumah usang tersebut. Sementara yahudi tua itu tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menangis. Dalam keadaan terdesak, terdetiklah niat yahudi tua untuk mengadukan perbuatan itu pada Khalifah Umar bin Khattab.

“Apa apa,saudara jauh dari Mesir datang ke sini?” tanya Umar bin Khattab.

Setelah bertenang hati kerana berhadapan dengan seorang khalifah yang amat berwibawa, yahudi itu mengadukan akan perihal masalahnya. Padahal penampilan khalifah Umar amat sederhana untuk ukuran pemimpin yang memiliki kekuasaan begitu luas. Dia ceritakan pula bagaimana perjuangannya untuk memiliki rumah itu.

Merah padam wajah Umar begitu mendengar cerita yahudi tua itu.

“Masya Allah, sungguh kurang ajar Amr!” kecam Umar.

“Sungguh Tuan, saya tidak membuat cerita,” kata yahudi itu.

dia semakin gementar dan kebingungan. Dan ia semakin bingung ketika Umar memintanya mengambil sepotong tulang, lalu menggores tulang itu dengan pedangnya.

“Berikan tulang ini pada gabenorku, saudara Amr bin Ash di Mesir,” kata Khalifah, Al Faruq, Umar bin Khattab.

Si Yahudi itu semakin kebingungan, “Tuan, apakah Tuan tidak sedang mempermainkan saya!” ujar Yahudi itu dengan nada perlahan.

Dia cemas dan berpikir yang bukan2. Kemungkinan, khalifah dan gabenor berpakat, fiikirnya. "Mereka yg berkuasa pasti akan menindas yang lemah walau di mana pun" keluh yahudi itu. Kemungkinan dia akan ditangkap serta di tuduh memfitnah gabenor. fikirnya lagi.

Yahudi itu semakin tidak keruan ketika bertemu kembali dengan Gabenor Amr bin Ash.

“Bongkar masjid itu!” teriak Amr bin Ash gementar. Wajahnya pucat dilanda ketakutan yang amat sangat. Yahudi itu berlari keluar menuju rumah usangnya untuk membuktikan sesungguhan perintah Amr bin Ash. Dilihatnya, sejumlah orang sudah bersiap-siap menghancurkan masjid megah yang sudah hampir siap itu.

“Tunggu!” teriak yahudi tua.

“Maaf, Tuan Gabenor, tolong jelaskan perkara pelik ini. Berasal dari apakah tulang itu? Apa keistimewaan tulang itu sampai Tuan berani memutuskan untuk membongkar begitu saja bangunan yang amat mahal ini. Sungguh saya tidak mengerti!” katanya.

Amr bin Ash berkata pada yahudi tua tersebut, “Wahai si tua, tulang itu hanyalah tulang biasa, baunya pun busuk.”

“Tapi…..” yahudi itu mencelah.

“Kerana ia simbol perintah khalifah, tulang itu menjadi sangat bererti.

Ketahuilah, tulang yang busuk itu adalah peringatan bahwa berapa pun tingginya kekuasaan seseorang itu, ia akan menjadi tulang yang busuk bila mati kelak. Sedangkah huruf alif yang digores, itu ertinya kita harus adil. Lurus seperti huruf alif. Dan bila saya tidak mampu menegakkan keadilan, khalifah tidak segan-segan memenggal kepala saya!” kata Amr bin Ash.

“Sungguh agung ajaran agama Tuan. Sungguh, saya rela menyerahkan tanah dan rumah itu. Dan bimbinglah saya dalam memahami ajaran Islam!” kata yahudi tersebut sambil mencurahkan air mata.

Renungan: Wahai Melayu




Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

-usman awang-

*diambil dari wake up project.

Kisah Hidup: Masa

Bermulanya kehidupan hari ini seperti hari2 biasa.. hope, lebih better dari semalam.. yup! lebih bagus kerana aku bangun awal hari ini.. hari ini akan lebih panjang dari semalam..

Terdetik aku memikirkan tentang masa.. apa itu masa?? yang aku tahu.. manusia ini sentiasa berada dalam kerugian. dalam erti kata lain kerugian masa.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al Asr

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

[1]وَالْعَصْرِ

[2]إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ

[3]إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

[1]Demi Masa!

[2]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian

[3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


ya Allah, jadikan aku insan yang sentiasa beriman kepadamu. Amin.

Tuesday, September 7, 2010

Kisah Hidup: Melihat Di Luar Kotak

Salam buat semua,
Oleh kerana semalam aku tak dapat tidur,lantas aku tertidur sehingga jam 4 petang. Aku bingkas bangun,mandi dan kerjakan solat zohor. Selesai semuanya aku membuka laptop dan log in ruangan sosial facebook..

Aku terima 4 notification.. hurmmm..seperti apa yg aku dah agak.. terdapat beberapa komen sahabat dari seberang.. ada komen yang membina dan tidak lupa yang mengkritik serta bersifat primitif.. terima kasih kepada Dian yang sentiasa bersikap positif dalam apa jua keadaan. Dia seorang anak kecil yang cekal. :)

Apa yang aku lihat, komen2 yang dilontarkan tidak ubah seperti anda melihat sebuah kereta dan anda menceritakan fizikal kereta itu... anda faham? apa yang aku maksudkan?

Aku masih mencari-cari insan yang melihat sesuatu isu itu luar dari kotak...
bukan kotak mancis atau kotak susu.. tetapi kotak pemikiran. ia amat penting untuk melihat luar dari kotak kerana minda kita telah disemai melalui media2 supaya bersifat primitif."mereka" gembira melihat kita berfikiran sebegitu.

Kebanyakan di kalangan kita telah di"program"kan untuk mencari perbezaan bukan persamaan.
perbezaan akan membuatkan keegoan kita meninggi kerana setiap dari kita ingin menunjuk siap lebih bagus. BANGSA siapa lebih mulia.. huh, meluat aku melihat insan2 sebegini bertebaran di muka bumi.

Bukan ke senang kita lihat pada persamaan?? kau dan aku dari rumpun yang sama.. walau macan mana kau putar belitkan fakta kebenaran tetap jelas.

Firman Allah jelas mementingkan persaudaraan(persamaan) kerana amat sulit untuk bersaudara jika kita berbeza..

Al-Imran: 103

Berpegang teguhlah kamu sekalian pada agama Allah, dan janganlah kamu berpecah belah. Ingatilah karunia Allah kepadamu, ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan-Nya hatimu, sehingga kamu dengan karunia Allah itu menjadi bersaudara. Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka, lalu Allah melepaskanmu dari sana. Demikianlah Allah menjelaskan keterangan-keteranganNya kepadamu supaya kamu mendapat petunjuk.

Sabda Nabi s.a.w.

“Semua anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).

Renung-renungkan lah sejenak.. Bersamaku..

Kisah Hidup: Panggilan Untuk Menulis

Malam ni aku tak tahu kenapa aku tidak dapat melelapkan mata. Badan terasa amat lesu dan meletihkan namun mata tetap segar. Otak ku ligat memikirkan sesuatu yang baru ku baca. Adakah benar atau tidak fakta2 yang terkandung di dalam di laman tersebut?. Sungguh runsing aku memikirkannya.

Mungkin kerana fakta tersebut mengenai soal masa depan agama dan bangsaku. Negara?? tiada lagi frasa tersebut di dalam kuota pemikiranku. Soalnya,perlu apa aku berbakti kepada negara yang telah di atur oleh "mereka"? huh,lupakan sebentar isu ini..

Di pagi ramadhan ke 27, aku terpanggil untuk menulis. Mungkin kerana aku tidak mampu untuk menyimpan apa yang selama ini aku pendam. Sudah tiba masanya untuk aku mula mengorak langkah ke hadapan.

Tapi apa yang aku pendam?? apa yang perlu aku mengorak??

Ku pendekkan cerita,
Selama ini aku dan rakan2 ku senantiasa bertukar fikiran tentang isu semasa. Perbincangan mengenai apa jua topik. Mungkin di pandangan insan lain ia hanya sekadar berbual kosong, tp tidak sama sekali oleh "kami". Perbicangan itu akan diperhalusi dari masa ke semasa.

Ya Allah, aku berserah diri kepadamu ya Allah, aku redha dalam segala ketetapanMu, aku menagih janjiMu akan kebangkitan agamaku! sebagaimana firmanMu,

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.
|Qs Fussilat 41: 53|

seperti kata2 rasulMu,

Dari Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salju.(dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim) (dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)

aku menunggu saat itu tiba...(azan subuh berkumandang)



Wednesday, August 11, 2010

Wake Up Call:Capitalism- Escape & Gain Your Freedom




capitalism- escape and gain your freedom!! kapitalis merupakan sistem yg digunakan di mana mana negara di dunia ini. blok kapitalis ini wujud selepas perang dunia kedua selepas blok komunis dilumpuhkan. sistem kapitalis mengamalkan sistem riba sebagai asas dlm setiap aspek yg melibatkan matawang. di mana yang kaya semakin kaya atas keuntungan riba, yang miskin makin miskin atas beban hutang akibat riba!!

wake up!! againts this corrupted sistem!! bersedialah menjadi penyebar mesej terbesar di abad ini!


Sunday, August 8, 2010

Wake Up Call: Khilafah Is The Only answer


Assalamualaikum buat pembaca.

blog ini khas dibuat utk menyebarkan mesej kebenaran melalui rekaan terkini pada produk(baju) dari kami. B.B merupakan singkatan untuk Brotherhood's Boutique fans page dari Facebook.

buat pengetahuan semua, pihak B.B akhirnya berjaya menghasilkan produk rekaan pertama kami setelah hampir sebulan bertungkus lumus mencari idea yg bernas untuk menyebarkan mesej2 penting di dalam setiap rekaan baju dari kami.

Khalifah the only answer-A global wake up call merupakan mesej penting untuk menyedarkan pelbagai pihak mengenai satu sistem yg lebih efisyen berbanding sistem
KAPITALIS serta sistem KOMUNIS yg ada sekarang.

Anda mampu untuk menyebarkan mesej ini dengan kemana sahaja anda pergi!! wake up!!