Tuesday, October 5, 2010

Kisah Hidup: Bernafas Semula Part2

kelas bendalir dua berakhir spt yang dijangka.. aku meluru menuju ke muka pintu.. namun aku terhenti selepas namaku di panggil oleh seseorang.

"reduan, sila ke hadapan" kata beliau.

"yes, saya encik." kataku.

"test 1 kamu termasuk dlm test 2 so test 2 kamu 40% dr markah penuh" katanya.

"baik,terima kasih" balasku.

aku berjabat tangan dengan beliau, tetapi aku tersentak bila prof berkata padaku "kamu tahu cara terbaik untuk melepaskan tension??"

"erm...berwudhuk dan bersolat." jawabku.

beliau tersenyum, lalu beredar..

aku melangkah pergi sambil duk melayan fikiran ku.. adakah semua manusia di dunia ini mempunyai masalah masing2??sesungguhnya, segala permasalahatan di dunia ini adalah bertujuan mengingatkan kita pada maha pencipta.


fiman ALLAH swt.

Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.” (al-Baqarah:156)

No comments:

Post a Comment